CHENGDU: Malaysia seperti dijangka gagal melayakkan diri ke suku akhir badminton Piala Uber 2024 selepas tewas 0-5 kepada Thailand pada aksi kedua peringkat Kumpulan B di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini hari ini.
Selepas tewas 1-4 kepada Taiwan semalam, Malaysia menurunkan perseorangan kedua K. Letshanaa sebagai perseorangan utama setelah bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei direhatkan manakala Siti Nurshuhaini Azman sebagai perseorangan ketiga.
Letshanaa memulakan saingan dengan baik tetapi untuk hanya seketika sahaja apabila perseorangan wanita No.16 dunia Supanida Katehong mengambil masa 31 minit untuk memastikan mata pertama Thailand menerusi kemenangan mudah 21-17, 21-6.
Lestshanaa, pemain Non 68 dunia, mengakui gagal menandingi lawan pada set kedua selepas Supanida mengubah corak permainan sehingga menjejaskan keyakinannya.
Thailand meneruskan penguasaan apabila beregu No.10 dunia Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai menyumbang mata kedua dengan mengecewakan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang turun sebagai beregu pertama negara 21-10, 21-14 dalam masa 33 minit.
Pemain No.18 dunia, Pornpawee Chochuwong meranapkan impian Malaysia untuk bangkit semula apabila menyumbang mata ketiga Thailand dengan menewaskan perseorangan kedua negara,Wong Ling Ching 21-15, 21-15.
Thailand terus menambah derita Malaysia apabila mengutip mata keempat menerusi gandingan Laksika Kanlaha-Phataimas Muenwong yang menewaskan Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi 21-12, 21-8 dalam masa 29 minit.
Thailand melengkapkan jadual dengan pemain No.20 dunia Busanan Ongbamrungphan mengalahkan pemain perseorangan negara, Siti Nurshuhaini 21-15, 21-8.
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama pada aksi pembukaan semalam.
Terdahulu, Taiwan mengesahkan slot suku akhir selepas mengalahkan Australia 4-1.
Malaysia, yang kali terakhir melangkah ke suku akhir pada edisi 2010, akan melengkapkan jadual menentang Australia sementara Thailand dan Taiwan akan menentukan juara kumpulan pada Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Reaksi kecewa perseorangan wanita negara Wong Ling Ching setelah ditewaskan lawannya dari Thailand, Pornpawee Chochuwong. - Foto BERNAMA
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Siti Nurshuhaini intai penampilan kedua Piala Uber
Beraksi pada Piala Uber jadi fokus utama Siti Nurshuhaini tahun ini selepas membuat penampilan sulung pada edisi 2020 di Aarhus.